As-salam dan Selamat Sejahtera
untuk semua pengunjung yang sudi menjenguk blog kelab farmasi dan juga ahli-ahli yang dihormati. Sebagai permulaan bagi blog kelab ini, baru2 ini kelab telah mengadakan jamuan raya & deepavali bersama-sama postgraduate student pada tanggal 12 November 2009 jam 12.00 tghr bertempat di ruang legar Pusat Pengajian Sains Farmasi, USM.
Majlis telah berlangsung dengan jayanya, diucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan semua ahli yang menjayakan majlis berkenaan. Diharap selepas ini kita dapat mengadakan lagi majlis seperti ini bagi mengeratkan silaturahim antara kita.