~PERKENALAN~

Salam dan selamat sejahtera untuk semua ahli. Seperti yang tuan/puan sedia maklum, kelab farmasi telah diwujudkan atas persetujuan semua pihak. Untuk makluman kita bersama, kelab kita telah dianggotai seramai 104 ahli. Jika ada penambahan atau sebaliknya, pihak kelab akan maklumkan kemudian. Diharap juga semua ahli dapat memberi kerjasama bagi menjayakan setiap program yang dijayakan oleh kelab bagi mengeratkan lagi silaturahim di antara kita. Sokongan, nasihat dan tunjuk ajar daripada semua pihak sangatlah dialukan bagi memantapkan lagi kelab farmasi kita ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tuesday, November 10, 2009

~JAMUAN RAYA PUASA & DEEPAVALI BERSAMA POSTGRADUATE~


As-salam dan Selamat Sejahtera
untuk semua pengunjung yang sudi menjenguk blog kelab farmasi dan juga ahli-ahli yang dihormati. Sebagai permulaan bagi blog kelab ini, baru2 ini kelab telah mengadakan jamuan raya & deepavali bersama-sama postgraduate student pada tanggal 12 November 2009 jam 12.00 tghr bertempat di ruang legar Pusat Pengajian Sains Farmasi, USM.

















































































































Majlis telah berlangsung dengan jayanya, diucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan semua ahli yang menjayakan majlis berkenaan. Diharap selepas ini kita dapat mengadakan lagi majlis seperti ini bagi mengeratkan silaturahim antara kita.